"Kantoi" Lakukan Seks Terbuka Di Parkir Di Singapura


Sepasang kekasih dilaporkan telah "kantoi" ketika asyik melakukan hubungan seks di bangku tempat letak kereta berbumbung pada siang hari.

Menurut seorang sumber kepada laman Stomp yang hanya dikenali sebagai V, pasangan tersebut dilihat melakukan aksi lucah melampau itu di atas bumbung tempat letak kereta bertingkat MacPherson Residency, Singapura.

Tambah sumber itu lagi, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang pada 6 September lalu.

Beberapa keping foto pasangan itu sedang beraksi dimuat naik ke dalam laman berkenaan.


Menerusi foto yang dikongsikan itu, pasangan terbabit masing-masing memakai baju berwarna merah jambu.

Tambah menjijikkan lagi, si lelaki dilihat "menunggang" di atas belakang pasangannya itu selain turut meraba-raba kemaluan wanita berkenaan.

“Pasangan itu berada di sana selama satu jam melakukan aksi lucah mereka,” kata sumber.

Bagaimanapun, suspek dilihat meninggalkan tempat itu setelah ‘aktiviti’ mereka selesai. -Kedahnews.com