PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menafikan terdapat soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, berbaur perkauman seperti yang tersebar di media sosial.
Kenyataan kementerian tersebut di sini semalam menyebut siasatan yang dijalankan Lembaga Peperiksaan (LP) mendapati soalan seperti yang tersebar di media sosial itu bukanlah soalan yang terdapat dalam kertas UPSR 2016.
Menurut kenyataan itu, soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan disediakan oleh LP telah melalui proses penilaian bagi memastikan ia mencakupi kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.
Sambil melahirkan kekesalan atas penyebaran kenyataan yang tidak benar itu, kementerian menyatakan pihak LP amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutamanya dalam konteks soalan peperiksaan. – BERNAMA