Foto terakhir Amis dan Azali ketika menghantar Allahyarham ke Amerika Syarikat minggu lalu. |
KANGAR - "Selepas makan nasi, pisang goreng adalah menu wajib yang perlu ada untuk ustaz. Kalau tak sedia mesti dia usik kami kata kami masih berhutang dengannya."
Demikian kata Amis Azura Abd Majid, 45, yang merupakan pemilik kedai restoran Anjung Keli, Perlis.
Amis berkata, dia dan suaminya, Azali Salleh, 45, selalu menyediakan makanan kegemaran Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang lebih mesra dipanggil ustaz sekiranya datang ke kedai mereka.
“Bukan setakat kenalan biasa, kami juga turut mengenali rapat ahli kelurga ustaz. Mereka juga anggap kami seperti keluarga.
"Pernah anak ustaz yang bernama Huda meminta saya ke Bangi (rumah ustaz) sebab babanya tidak selera makan,” cerita Amis.
“Saya dan suami akan ke sana setiap kali diminta hanya kerana ingin memenuhi hasrat ustaz. Saya sangat seronok kerana dapat berjasa kepada tokoh ulama dengan menyediakan makanan untuk beliau," katanya.
Jelasnya, pemergian Allahyarham sangat terkesan buat mereka suami isteri kerana kewujudan restoran Anjung Keli itu semangat dan sifat positif beliau.
“Saya pernah minta ustaz letakkan nama untuk bilik penghawa dingin di restoran kami dan beliau menamakannya Salsabeela yang merupakan nama tempat bersuka ria di syurga.
"Jika ingin dicerita terlalu banyak kenangan yang kami lalui bersamanya. Arwah adalah orang yang sangat baik dan tiada pengganti sebaik beliau,” katanya.
Sumber: Sinar Harian