Kenapa Saya Tak Sokong Mahathir Lagi – Anwardi Datuk Jamil

DALAM Majlis Sambutan Ulang tahun DAP ke-50 di Bayan Lepas baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah membongkarkan kerjasama diantara DAP dan Tun Dr. Mahathir.

Kononnya, mereka menjalinkan kerjasama tersebut adalah untuk menggulingkan Umno serta mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.

Perkara ini turut ‘diperjuangkan’ oleh Tun Dr. Mahathir yang merayu agar masyarakat Melayu melupakan seketika permusuhan dengan DAP ketika sidang akhbar Deklarasi rakyat yang diadakan pada awal bulan ini.

Keputusan Tun Dr. Mahathir itu nyata membuatkan ramai pihak terkilan dan ini termasuklah dari kalangan ahli-ahli Umno sendiri yang melihat perjuangan bekas perdana menteri itu sudah jauh tersasar dari matlamat sebenar.

Merujuk kepada hal ini, veteran Umno, Anwardi Datuk Jamil merasakan perjuangan Tun Dr. Mahathir kini tidak lagi relevan dengan apa yang diperjuangnya pada 22 tahun dahulu.

Menurutnya, Tun Dr. Mahathir hanyalah tidak ubah seperti menyokong Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ingin mengambil segala-galanya dari tanah Melayu apabila sanggup bekerjasama dengan DAP yang terang-terang anti negera Islam.

“Keputusan Tun untuk menyokong DAP tidak boleh diterima buat saya. Ia seperti menyokong parti Komunis, sifat tamaknya yang menginginkan kembali kuasa benar-benar membuatkan dirinya tidak dihormati sebagai vetaran.

“Maaf Tun, Saya memuat naik kembali posting lama ini agar ia menjadi peringatan kepada saya dan juga kepada orang ramai,” tulisnya di laman Facebook.

Anak kepada pegarah filem veteran itu turut berkongsikan catatan lama yang ditulis pada 2013, mengisahkan insiden berdarah yang berlaku terhadap ahli-ahli keluarga ayahnya sewaktu Tanah Melayu di bawah jajahan PKM.

‘Dijajah di negara sendiri’ mungkin merupakan kata-kata yang paling sesuai yang dapat digambarkan sekiranya pimpinan Perdana Menteri kita sekarang ini diambil alih oleh ‘Komunis’. - Kedahnews.com
Orang ramai bertanya mengapa saya begitu membenci PKM, dan mereka sering memberitahu yang mana askar komunis ini sebenarnya adalah pejuang keamanan… dan mengapa begitu pelik apabila saya menyambut hari kematian Ching Peng. Baik, inilah dia sebabnya.

Ini adalah lukisan ayah saya, yang merujuk ketika dia masih kecil seperti yang diceritakan oleh kakak bongsunya yang terselamat daripada kekejaman askar komunis. Ini juga menggambarkan kejadian pembunuh ahli-ahli keluarganya yang berada di Parit Sulong, Johor pada 10 Jun 1945.

Apabila saya masuk ke rumah, ada mayat terbaring dan bertutup dengan kain batik. Beberapa orang datang memegang saya dan bertanya saya dari mana kerana ramai yang menyangka saya juga telah menjadi korban Bintang Tiga atau saya telah dibawa pergi atau hanyut di sungai. Saya menerangkan yang saya dari Batu Pahat dan mendapat berita dari orang di Batu Pahat.

Mayat yang terbujur di ruang rumah itu ialah ibu saya, Mak Temun, dan selepas itu barulah diterangkan kepada saya, selain ibu saya, yang turut terkorban ialah adik saya yang kecil, Harun, abang ipar saya, iaitu suami Kakak Aminah dan anak perempuan mereka yang berumor tiga tahu bernama Latifah, dan anak lelakinya yang berumor lima tahun bernama Tahir. Ayah saya terselamat, begitu juga Kakak Aminah, Eyah dan adik adik saya Tik, Ening dan Salmah.

Keluarga Pak Anjang juga yang terbunuh, iaitu seorang budak perempuan, anak saudaranya. Anjang Mian sendiri kena temabk di kaki kanannya, dan Mak Tua juga kena tembak di dada kirinya. Rumah kami yang lima pintu musnah terbakar, begitu juga rumah Pak Anjang Mian. Tidak ada apa-apa yang dapat diselamatkan di rumah kami.” – petikan dari biografi Datuk Jamil Sulong yang hanya 19 tahun waktu serangan itu berlaku.

Kisah dari arwah makcik saya Mak Ning (Ening). Dia meninggal dunia tahun lalu. Beliau bercerita, pagi itu dia pun bangun awal. Dia melihat ayah keluar rumah dan diterus pergi bermain di kebun depan rumah kami….sedang dia bermain, dia melihat beberapa orang berpakaian seragam seperti tentera Jepun datang dari arah Senangar….selepas itu dia dengar bunyi tembakan dan suara bising orang menjerit dan ada bunyi orang bersorak dan juga bunyi nafiri…Ening terkejut takut lalu bersembunyi dicelah batang-batang pokok ubi…dia bersembunyi hingga penyerang ini semua berundur.

Satu lagi makcik saya, Mak Minah (Aminah) turut memberi keterangan yang lebih jelas dan menggerikan. Masa serangan Bintang Tiga itu, beliau sudah berada di dapur untuk menjerang air, anaknya Tahir ada bersama-sama dengannya. Walaupun dalam keadaan terkejut, dia teringat di belakang rumah kami ada parit besar yang penuh dengan bunga pelampung keladi yang menutupi muka air, lalu dia terus menarik anaknya ke sana.

Ketika itu dia juga nampak Mak Temun, emaknya (nenek saya) lari ke jurusan yang sama sambil mengendong anaknya bernama Shukor yang baru berumur setahun…Mak Minah tergesa-gesa lari dengan anaknya, tetapi tidak sedar bahawa Tahir jatuh dan tertinggal di belakang. Mak Minah terjun masuk ke parit besar itu, dan apabila dia berpaling hendak ambil anaknya, dia melihat seorang anggota Bintang Tiga menikam Tahir dengam lembing, dan kemudian cuba mencarinya pula. Mak Minah melindungkan diri dengan daun kiambang…hancur hatinya melihat Tahir luka tergolek di tepi parit itu.

Dalam masa yang sama, seorang lagi Cina Bintang Tiga ternampak Mak Temun di dalam parit tidak jauh dari Mak Minah. Dia terus menikam Mak Temun yang sedang memeluk anak kecilnya. Mak Minah ada cerita dia terdengar Mak merayu kepada Cina itu, “Tauke janganlah bunuh anak gua, bunuhlah gua saja, tolonglah tauke!” tetapi rayuan itu tidak dihiraukan.

Pengganas itu terus menikam dengan tombak dan juga mengena Shukor yang kecil itu. Mak Temun dan Shukor tersadai dekat tepi parait itu, terus menghembuskan nafas terakhir. Lepas itu, Cina itu mengeluarkan pisau lalu memotong jari Mak Temun yang memakai cincin emas belah rotan. Apabila nafiri dibunyikan, pengganas-pengganas itu semua lari masuk ke hutan.