Kerajaan Negeri Fokus Sedia Plaform Terbaik Untuk Anak Muda Kedah

Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin
ALOR SETAR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah amat mementingkan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak negeri ini bagi memastikan kemajuan negeri itu seiring arus pembangunan negara ke arah negara maju.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kerana itulah maka Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberi fokus dan amat menghargai generasi muda di negeri Kedah dengan penyediaan pelbagai inisiatif dan program bagi mencapai matlamat tersebut.

"Dalam kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah, yang pertama sekali kita menyediakan beberapa inisiatif kepada golongan anak muda di negeri ini.

"Yang pertama program Internship Anak Muda Negeri (IMAN), yang kedua program Padanan Industri, yang ketiga kita buat progam Pusat Tiusyen Barakah Kedah dan banyak lagi program yang kita buat untuk anak muda di negeri kita.

"Ini semua adalah pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan. Hasil dari semua ini mungkin tidak dapat dilihat dalam sekelip mata. Hasilnya akan dapat dilihat pada masa akan datang.

"Kita perlu berpandangan jauh secara menyeluruh dalam hal ini, perlu melihat kestabilan kerajaan negeri itu secara total, bukan nak cari populariti. Itulah karektor sebenar seorang pemimpin," katanya ketika ditemubual Kedahnews.com di sini, hari ini.

Jelas Shaiful Hazizy, menyelami isu peluang pekerjaan yang terhad di kalangan graduan dan anak-anak muda di Kedah, Kerajaan BN Negeri Kedah telah memperkenalkan program Padanan Industri dan pelbagai inisiatif lain bagi mengatasi masalah yang bertahun gagal diselesaikan oleh pentadbiran sebelumnya.

Beliau berkata, sebahagian anak-anak muda di negeri tersebut tidak mendapat maklumat mengenai peluang-peuang pekerjaan yang ditawarkan dan ia merupakan antara faktor wujudnya persepsi yang mendakwa kurangnya peluang pekerjaan di negeri itu.

Selain itu, sebahagian lagi anak-anak muda di Kedah lebih tertarik untuk mencari rezeki dan keluar bekerja di bandar-bandar besar di negeri lain ekoran tawaran pendapatan yang lebih lumayan.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Pengerusi Belia 4B Negeri Kedah, Mohamad Noor Azam Ismail, yang menjelaskan bahawa sikap anak muda di negeri itu yang lebih memilih untuk berhijrah ke bandar-bandar utama ekoran tawaran gaji yang lebih tinggi.

"Saya bersetuju, mungkin benar peluang pekerjaan di negeri Kedah ini kurang. Namun begitu, sekarang ini pihak Kerajaan Negeri Kedah yang menambah peluang-peluang pekerjaan itu, maknanya peluag itu ada.

Namun menurut Mohamad Azam, sikap sebahagian anak muda di Kedah yang lebih gemar berhijrah ke

"Cuma anak muda di negeri kita ini mereka lebih suka berhijrah. Hijrah ke Kuala Lumpur, hijrah ke Pulau Pinang. Jadi fenomena ini sudah bertahun-tahun berlaku.

"Jadi bukan tidak ada peluang pekerjaan, peluang itu ada. Cuma kadang-kadang gaji asas yang ditawarkan itu agak rendah berbanding di bandaraya-bandaraya yang menawarkan gaji yang lebih tinggi," jelasnya. - Kedahnews.com