SEORANG mahasiswi dari Belgium mempunyai cara ‘unik’ tersendiri untuk mempamerkan kecantikan tubuh badannya menerusi laman sosial, yang jarang dilakukan oleh mana-mana perempuan.
Cara kreatif yang dibawa Laura De bagaimanapun mengundang kata-kata hinaan dan cacian dari netizen laman sosial.
Ini kerana, dia memuat naik gambar yang memperlihatkan dirinya mempunyai bulu ketiak yang lebat dan panjang.
“Melihat foto ini, awak membuatkan saya muntah hingga 146 kali,” tulis seorang netizen.
Lebih melampau, ada netizen yang menggelarkannya ‘perempuan murahan’ dan ‘khinzir’. Tidak kurang juga yang beranggapan, gadis ini sengaja mahu mencari publisiti.
Menerusi foto kontroversi yang dikongsi itu, Laura memberitahu, tujuannya memuat naik gambar itu kerana mahu memberi inspirasi kepada semua wanita tampil yakin tanpa menfikirkan standard kecantikan yang tidak masuk akal.
“Aku tak perlu orang lain mengatur apa yang aku lakukan pada tubuhku, bentuk tubuhku, dan penampilanku. Biar aku jelaskan, satu hal paling buruk di dunia adalah wanita tertekan untuk cabut dan mem-wax rambut atau bulu tubuh karana tidak mahu rasa malu,” tulisnya.
Gambar itu sebenarnya merupakan antara projek juruforo bernama Florence Lecloux.
Dua minggu setelah memuat naik gambar kontroversi itu, Laura kembali memuat naik gambar ketiaknya lagi. Namun, kali ini, ketiaknya licin dan bersih tanpa sebarang bulu.
“Tubuhku, pilihanku,” tulisnya dalam foto baru tersebut. –Kedahnews.com