KUALA LUMPUR - Seorang bekas hakim mencadangkan penubuhan Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes jenayah serius bagi memastikan pesalah menerima hukuman setimpal dalam tempoh masa yang singkat.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata mahkamah khas itu perlu berikutan kes jenayah serius seperti kes bunuh, tembak, rogol secara berkumpulan, rompakan bersenjata yang meningkat dan membimbangkan di negara ini.
"Mahkamah Khas ini perlu menjalankan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah terbabit dalam masa setahun, tidak perlu tangguh dua hingga tiga tahun sehingga saksi 'penat'.
"Sebagai contoh, Hakim Besar Malaya boleh mengeluarkan perintah bagi kes-kes tertentu yang serius, boleh dibicarakan di Mahkamah Khas dan dalam masa setahun, misalnya, kes berkenaan perlu selesai," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.
Beliau juga menambah, hukuman yang dijatuhkan perlu berat supaya pesalah tidak lagi mengulangi kesalahannya.
Mohd Noor berkata pada masa ini mahkamah menjatuhkan hukuman dari ringan ke berat, iaitu mengenakan denda, diikuti hukuman penjara dan yang terakhirnya sebatan.
"Jadi, undang-undang negara kita perlu dipinda yang hukuman berat perlu dikenakan dahulu diikuti hukuman ringan. Baru seseorang individu itu tidak berani melakukan sebarang kesalahan, dia akan takut dengan hukuman," katanya.
Menyentuh mengenai sistem penjara di negara ini, Mohd Noor berkata mana-mana penjara di negara ini yang seolah-olah memberi 'kemudahan ala VIP' kepada banduan perlu dihentikan dan banduan perlu diberi layanan yang setimpal dengan kesalahan mereka.
"Sebab ada banduan yang mengambil peluang untuk melakukan jenayah semata-mata untuk menikmati segala kemudahan yang disediakan Jabatan Penjara.
Dia tak insaf, dia tahu kalau masuk penjara mesti dapat makanan percuma dan boleh tidur nyenyak.
"Tetapi saya tidaklah menyeru Jabatan Penjara untuk bertindak kasar, atau memukul banduan, tetapi Jabatan Penjara perlu menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada banduan sehingga mereka kesal dan tidak lagi mahu masuk penjara.
"Misalnya, sel yang banduan ditempatkan itu perlu ada nyamuk, tikus, lipas yang boleh mengganggu pesalah," katanya.
Mohd Noor turut meminta kerajaan agar menyediakan peruntukan kepada orang awam yang menjadi saksi dalam mana-mana kes sebagai ganjaran.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai perisikan, yang mereka dibayar jika memberi bukti dalam sesuatu kes. Jadi, apa salah jika kerajaan memberi ganjaran yang sama kepada saksi dalam kes-kes jenayah, supaya sesuatu kes dapat keadilan.
"Setahu saya, saksi hanya diberi tambang pengangkutan, makan dan hotel jika menghadiri sesuatu kes. Tidak rugi jika pihak berkuasa memberi ganjaran kepada mereka," tambahnya.
Sumber: mStar