KUALA LUMPUR - Menjadikan ekonomi domestik terus berkembang dan dipacu dengan langkah-langkah rangsangan pasti menjadi agenda utama Bajet 2017.
KDNK Malaysia akan difokus untuk kekal berada pada pertumbuhan 4 ke 5 peratus sekali pun berdepan cabaran kelembapan ekonomi dunia.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim, kemapanan ekonomi domestik pasti menjadi agenda utama Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan.
“Bagi anak muda, langkah strategik ke arah membendung isu kos sara hidup pasti menjadi fokus utama yang dinantikan,” katanya.
Malah, menurut Ahli MT Umno ini, isu perumahan mampu milik terutama masalah pinjaman bank pasti dinantikan penyelesaiannya yang bakal dibentangkan.
“Kita yakin PM ada jalan penyelesaian. Tiap frasa ada cabaran. Dulu kita tuntut disediakan rumah. Sekarang rumah sudah rancak dibangunkan,” jelasnya.
Tiap frasa akan ada kekangan, kata Irmohizam: “Langkah menyediakan rumah sudah dilaksana, pasti PM akan umum pula isu penyelesaian pinjaman perumahan yang kini diperkatakan.”
Dua minggu ini, pelbagai pihak memperdebatkan isu had kelulusan pinjaman bank yang berada pada paras popular 70 peratus. Ini menjadikan pembeli terutama anak muda berdepan dengan krisis menyediakan bayaran muka.
“Percayalah. PM sudah usahakan pelbagai pakej pembinaan rumah. Mustahil isu pinjaman bank ini dibiarkan tanpa penyelesaian. Matlamat utama kerajaan ialah membantu bakal pembeli,” katanya.
Mengenai isu kelembapan ekonomi dunia, Irmohizam berkata: “Ini isu global sejak sedekad lalu. Sejak pertumbuhan ekonomi China menyusut ke angka 7 peratus dan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat jatuh ke tahap sekitar 2 peratus, Malaysia kekal mapan pada purata 5 peratus dalam dekad ini.”
Menurutnya, Malaysia konsisten menyusun langkah mapan. Ini mesti difahami oleh masyarakat.
“Kita bertahan dari kitaran ekonomi dunia yang berkembang pada paras purata di bawah 2 peratus. Pada paras konsisten 5 peratus ertinya polisi kita relevan,” katanya lagi. – Kedahnews.com