Korea Selatan Umum Mahu Bunuh Kim Jong Un

Kim Jong Un
Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo mendedahkan negaranya mempunyai perancangan untuk membunuh pemimpin seteru mereka dari Korea Utara, Kim Jong Un.

Mereka telah menubuhkan sebuah pasukan elit bagi mengalas peranan tersebut sekiranya negara mereka terus diancam dengan senjata nuklear yang dikeluarkan Kim.

Ketika ditanya pihak media mengenai perkara itu, Han dipetik CNN berkata, “Ya, kami ada perancangan untuk melumpuhkan segala kemudahan yang terdapat pada pihak musuh termasuk juga untuk membunuh pemimpin mereka.”

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo
Ketegangan di antara dua negara itu semakin terasa apabila Pyongyang baru-baru ini melancarkan ujian senjata nuklear mereka, awal bulan ini.

Han juga percaya Korea Utara akan melancarkan lagi lima siri ujian nuklear dalam masa terdekat ini. –Kedahnews.com