JURUCAKAP Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Moon Sang-Gyun. - Foto EPA |
SEOUL - Korea Utara dilaporkan bersedia untuk mengadakan satu lagi ujian nuklear pada bila-bila masa saja, demikian menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan.
Ia susulan kejayaan Pyongyang mengejutkan dunia apabila melancarkan ujian senjata nuklear yang kelima dan ujian berkekuatan paling tinggi, beberapa hari lalu.
"Ujian susulan tambahan mungkin dibuat di dalam terowong, iaitu terowong kedua atau ketiga dari terowong baru-baru ini dengan persiapannya sudah siap," kata jurucakap kementerian, Moon Sang-Gyun.
Jurucakap itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut dengan alasan ia membabitkan perkara keselamatan.
Namun, beliau berkata, tentera Korea Selatan kini dalam siap siaga sepenuhnya dalam menangani ujian nuklear tambahan, pelancaran roket balistik atau pencerobohan kawasan oleh jirannya itu.
Semua lima ujian nuklear diadakan di Punggye-ri di timur laut Korea Utara.
Ujian pertama pada Oktober 2006 dibuat di dalam terowong pertama dan empat ujian terakhir di terowong kedua, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan.
Dalam satu kenyataan susulan kejayaan ujian terbaharu itu, Korea Utara berkata pihaknya sedang menimbang kemungkinan untuk meningkatkan kekuatan nuklear tenteranya dalam bentuk kualiti dan kuantiti. - AFP