KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menghantar rombongan ke Mesir pada Isnin dalam usaha membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian di negara itu.
Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) berkata kunjungan selama empat hari itu akan disertai beberapa pegawai KPT.
"Moga usaha diberkati dan pegawai saya selamat pergi dan kembali," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebooknya pada Ahad.
Sementara itu, kementerian itu dalam kenyataan berkata rombongan tersebut akan diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Kamel Mohamed.
"Matlamat rombongan tersebut adalah untuk mencari fakta agar gambaran penuh isu tersebut dapat diperoleh.
"Rombongan juga akan berusaha mengesahkan maklumat pelajar yang memerlukan bantuan dan universiti mereka, agar bantuan dapat diselaraskan dengan kadar sesegera yang mungkin," menurut kenyataan itu.
Khamis lalu, media melaporkan 150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar hutang yuran pengajian yang mencecah hampir RM4.5 juta secara keseluruhan. - BERNAMA