KUALA LUMPUR – Udang atau nama saintifiknya Penaeus monodon sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit antaranya penyebab kolestrol, gout mahupun masalah alahan kulit.
Sungguhpun begitu, haiwan hidupan dalam air itu tetap menjadi hidangan popular di seluruh dunia terutama bagi penggemar makanan laut kerana keenakan isinya.
Namun, kulit udang yang biasanya dibuang kini menjadi bahan sisa bernilai tinggi yang mampu dieksport ke luar negara.
Usaha penyelidik di Institut Antarabangsa Bagi Penyelidikan dan Latihan Halal (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya melakukan inovasi ke atas kulit udang menjadi Astaxanthin atau lebih dikenali ‘Raja Karotenoid’ sebagai pewarna semula jadi yang berkhasiat.
Ia mampu menggantikan pewarna yang ada di pasaran yang kebanyakannya menggunakan bahan kimia yang berbahaya.
Penyelidikan bagi mengekstrak astaxanthin berwarna merah daripada sisa akuakultur kulit udang sudah dimulakan sejak 2008 dengan diketuai Prof. Madya Dr. Rashidi Othman serta kumpulannya, Dr. Norazian Mohd. Hassan, Farah Ayuni Mohd. Hatta, Fatimah Azzahra Mohd. Zaifuddin, Nur Alifah Md. Amin dan Razanah Ramya.
Kajian yang kini di peringkat akhir itu sudah bersedia untuk dikomersialkan sebagai sumber halal yang bukan sahaja boleh digunakan dalam industri makanan dan minuman tetapi juga dalam bidang berpotensi lain, menurut Rashidi, pakar dalam bidang karotenoid.
Astaxanthin yang dihasilkan dalam tiga bentuk iaitu cecair, serbuk dan pes itu berpotensi diperkenalkan sebagai pewarna semula jadi dalam makanan tambahan bagi meningkatkan kualiti nutrisi dan nilai komersial produk.
“Ia juga sangat berpotensi dibangunkan dalam bidang kosmestik, neutraceutikal dan farmaseutikal yang boleh dieksport di seluruh dunia sebagai satu daripada produk halal Malaysia yang bernilai tinggi,” katanya.
Kajian makmal dilakukan pada setiap satu kilogram kulit udang yang dikeringkan mampu menghasilkan lima hingga 10 gram astaxanthin asli yang nilai pasarannya kira-kira RM300,000 hingga RM500,000 bagi setiap kilogram bergantung pada keaslian atau ketulenannya.
“Kajian skala industri yang dilakukan bagi setiap satu kilogram kulit udang boleh menghasilkan 10 hingga 70 gram astaxanthin dengan ketulenan melebihi 70 peratus,” katanya dan menambah bahawa ia mampu dikomersialkan dengan nilai pulangan yang tinggi.
Tergolong dalam kumpulan karotenoid yang mengandungi vitamin A, astaxanthin sangat tinggi kandungan anti-oksidan yang berfungsi sebagai anti-penuaan, anti-inflamasi selain dapat membantu memulihkan sakit otot dan sendi, kesihatan mata, perlindungan daripada radiasi UV, sebagai pelembab kulit dan pelindung matahari.
Ia juga baik untuk kesihatan jantung dan pencegahan kanser.
Secara umumnya, ‘super antioxidant‘ ini dapat membantu dalam melindungi sel-sel daripada kerosakan dan menambah baik sistem keimunan badan.
Pengambilan 4mg astaxanthin semula jadi setiap hari dipercayai boleh memberi kesan 65 kali ganda daripada vitamin C, katanya.
Sehingga kini pasukan penyelidik berjaya memasukkan warna kuning kemerahan astaxanthin ke atas sarang burung walit dan isi ikan keli bagi menambah baik kualiti nutrisi serta meningkatkan nilai komersial pada produk itu.
“Kita dapati ketulenan warna pada astaxanthin sangat tinggi. Ujian yang dilakukan pada suhu dan tekanan tinggi mendapati warnanya kekal berbanding pewarna daripada bahan semula jadi lain,” katanya.
Thailand contohnya, menggunakan astaxanthin dalam makanan ternakan seperti udang bagi mendapatkan warna udang yang lebih kemerahan manakala Jepun menggunakan pewarna daripada astaxanthin pada ikan salmon untuk mendapatkan warna yang lebih terang dan segar pada ikan itu.
Menurut Rashidi, semua jenis udang mengandungi astaxanthin tetapi jumlahnya berbeza bergantung kepada jenis pemakanan udang itu.
Kumpulan penyelidikannya melakukan kajian ke atas 12 jenis udang daripada pelbagai spesies air masin dan air tawar.
Udang yang paling baik mengandungi astaxanthin yang tinggi adalah jenis udang berkulit merah Penaeus monodon dari air masin, katanya.
“Udang ini memakan makroalga yang juga mengandungi astaxanthin. Itu yang menjadikan udang tersebut tinggi kandungan astaxanthinnya,” katanya kajian yang dilakukan melepasi ujian toksikologi SIRIM.
Proses menghasilkan astaxanthin bermula dengan pengeringan kulit udang yang kemudian dihancurkan menjadi serbuk sebelum dimasukkan ke dalam mesin Pengekstrakan Bendalir Lampau Genting (SFE).
Penggunaan teknologi tinggi ini katanya membolehkan proses tersebut dilakukan secara semula jadi atau mesra alam tanpa sebarang penggunaan bahan kimia.
Projek yang mendapat peruntukan daripada geran penyelidik UIAM iaitu MyRA (MIRGS 13-01-002-0004) dipatenkan pada tahun lepas dan turut memenangi beberapa anugerah utama penyelidikan.
Antaranya pingat emas dan anugerah khas ciptaan terbaik bagi pengeluaran sarang burung halal di 1st World Invention Contest, di Seoul, Korea Selatan tahun lalu.
Selain itu, kajian astaxanthin turut memenangi pingat perak untuk pengeluaran pewarna makanan dari sisa pertanian pada Innovasi Bio tahun 2014.
Rashidi berkata, kumpulan penyelidikannya kini dalam usaha memperluaskan kajian untuk menjadikan astaxanthin sebagai bahan pewarna bagi barangan mainan kanak-kanak.
“Kita sedang mengkaji kestabilannya dalam bahan plastik dan pembungkus makanan. Jika berjaya pihak industri boleh menggunakannya bagi menggantikan bahan pewarna yang diperbuat daripada bahan kimia,” katanya. – BERNAMA