Gambar Hiasan |
KOTA KINABALU - Polis menahan seorang ahli perniagaan warga Pakistan berusia 62 tahun yang didakwa mengancam untuk merampas sebuah pesawat di lapangan terbang antarabangsa itu di sini Jumaat.
Lelaki itu yang didakwa mengeluarkan perkataan “Saya akan merampas pesawat anda” kepada salah seorang kakitangan pesawat yang bertanya mengenai pasportnya, ditahan semasa cuba menaiki pesawat ke Bandar Seri Begawan.
Dia diiringi meninggalkan pesawat itu oleh anggota keselamatan atas arahan kapten selepas kakitangan pesawat itu memaklumkan mengenai ancaman lelaki berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra.
Chandra berkata siasatan awal mendapati kakitangan pesawat itu bertanya mengenai pasport lelaki tersebut dengan sopan sebelum membenarkan penumpang memasuki pesawat.
Namun lelaki itu memarahi kakitangan pesawat dan mengancam untuk merampas pesawat berkenaan.
Chandra berkata kakitangan pesawat itu kemudiannya memaklumkannya supaya tidak bercakap sedemikian tetapi membenarkannya memasuki pesawat sebelum memberitahu kapten mengenai ancaman tersebut.
Katanya, polis menggeledah beg lelaki tersebut dan tidak menjumpai apa-apa yang berbahaya atau banan letupan.
Chandra berkata lelaki itu kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut dan polis akan memohon perintah reman terhadapnya.
Sumber: mStar