Foto kredit; JPBM |
KOTA BHARU - Seorang lelaki maut manakala ibunya cedera dalam satu kebakaran di Kampung Kedai Buloh, di sini awal pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Sharifuddin Hassan, 36, ditemui dalam sebuah bilik air di rumahnya yang hangus terbakar sekitar jam 1.41 pagi tadi.
Manakala ibunya, Rokiah Ali, 65, sempat menyelamatkan diri namun melecur di bahagian belakang badannya.
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Zaini Bidin, mangsa yang maut dipercayai cuba memadamkan kebakaran rumahnya setelah menyedari api mulai marak.
Namun dia dipercayai terperangkap di dalam bilik air berkenaan.
Semasa kejadian, rumah berkenaan didiami oleh sepasang suami isteri warga emas dan mangsa, bagaimana pun suami Rokiah yang mengalami strok kecil berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
Menurut Zaini lagi, sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan, empat jentera dengan 15 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan bomba mengambil masa hampir satu jam untuk mengawal kebakaran.
Pihak bomba katanya menghadapi kesulitan untuk memadam dan mengawal kebakaran berikutan laluan masuk ke rumah berkenaan yang terhalang berikutan rumah yang dibina terlalu rapat.
Setelah operasi pemadaman selesai, pihaknya menemui mangsa di ruang bilik air rumah berkenaan.
Sumber: Awani