Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyelar tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menyebarkan maklumat palsu kononnya agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diawalkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesej yang tersebar adalah palsu dan menafikan sekeras-kerasnya tarikh 5 September (esok) adalah hari penerimaan wang agihan BR1M, yang mana menurut jabatan itu tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan.
“Justeru, adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan mendukacitakan apabila ia disebarkan di media sosial.
“LHDN kesal dengan penyebaran kenyataan palsu ini dan menasihatkan ia dihentikan segera,” tulis kenyataan itu.
Terdahulu, sebuah foto palsu menggunakan nama jabatan itu memaklumkan BR1M akan diagihkan ke akaun penerima masing-masing pada Isnin, telah menjadi buah mulut orang ramai di media sosial.
Penyebaran kandungan maklumat palsu tersebut bukan sahaja menimbulkan kemarahan, sebaliknya mewujudkan suasana panik kerana individu yang layak menerima bantuan akan keluar ke bank bagi memeriksa akaun bank masing-masing.
Sebarang semakan atau maklumat lanjut BR1M, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my. -Kedahnews.com