PARIT – Tindakan Lim Kit Siang melabel Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pilih kasih dalam isu ‘Malaysian Official 1’ yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) jelas menunjukkan penasihat DAP itu berada dalam kekeliruan.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata laporan DoJ itu adalah berkaitan dengan pengubahan wang haram yang dilakukan di Amerika Syarikat.
“Kalau di Amerika Syarikat bermakna ia di luar bidang kuasa kita, maka kita serahkan kepada pihak negara itu untuk menyiasat, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri kata tidak akan melindungi sesiapa.
“Dia (Lim Kit Siang) keliru antara kes sivil dan jenayah. Mana boleh ketua polis negara siasat sesiapa yang tidak dinamakan (dalam laporan DoJ),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Parit di Seri Iskandar dekat sini semalam.
Semalam, Kit Siang dalam satu kenyataan menuduh Khalid sebagai mengamalkan sikap berat sebelah kerana enggan menyiasat Najib yang dikaitkan sebagai MO1 selepas keliru dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional pada Khamis menjelaskan kenapa DoJ Amerika Syarikat tidak menyebut nama sebenar MO1.
Beliau berkata adalah jelas apa yang disebut sebagai ‘MO1’ itu merujuk kepada Najib, tetapi pada masa sama, banyak nama lain disebut oleh DoJ, namun tidak seorang pun daripada mereka, termasuk MO1, dinamakan sebagai subjek penyiasatan. – BERNAMA