Lori sampah milik syarikat Enviroment Idaman Sdn Bhd yang terbalik. |
SUNGAI PETANI – Sebuah lori milik syarikat Enviroment Idaman Sdn Bhd terbalik ketika dalam perjalanan untuk menghantar sisa buangan di tapak pelupusan sampah di Semeling, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan 47 lori syarikat tersebut terkandas selama empat jam berikutan kegagalan setiap kenderaan untuk masuk ke tapak pelupusan sampah berkenaan.
Wakil syarikat itu berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kerana jalan menuju ke tapak pelupusan sampah berkenaan licin dan sempit selain tidak diselenggarakan.
"Pemandu dan kelindan lori tersebut yang masing-masing berusia 30-an serta kakitangan yang berada di lokasi kejadian tidak mengalami kecederaan serius dan menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.
Menurutnya, akibat kejadian itu, pihaknya menjangkakan berlakunya kelewatan kutipan dan besar kemungkinan berlakunya gangguan jadual kutipan di seluruh daerah Kuala Muda, Sik dan Yan.
“Kita menjangkakan akan berlaku gangguan kutipan di tiga daerah berkenaan dan mengharapkan penduduk bersabar serta memberikan kerjasama dengan baik.
"Bagaimanapun kita akan berusaha sehabis baik agar dapat mengekalkan jadual kutipan,” katanya.
Katanya, kejadian itu juga merupakan sesuatu yang di luar kawalan memandangkan kawasan kejadian bukan di bawah seliaan syarikatnya.
Akibat kejadian itu, syarikat berkenaan kerugian RM200,000.
Sumber: Sinar Harian