KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sekali lagi mengalami gangguan, kali kedua minggu ini, dengan membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC.
Kejadian berlaku pada waktu puncak 9 pagi Jumaat apabila sebuah tren dari Datuk Keramat menuju ke Jelatek tiba-tiba berhenti di atas trek di antara Stesen Datuk Keramat dan Damai menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.
Seorang penumpang, Yuen Jan Li, 29, berkata kira-kira pukul 9.10 pagi, tren itu tiba-tiba brek secara mengejut sebelum terus berhenti mengakibatkan lampu dan pendingin hawa turut terpadam.
"Pada mulanya saya ingat ia perkara biasa, namun, setelah 20 minit terperangkap di dalam tren yang sesak orang ramai mula panik dan kami cuba cari butang intercom tetapi tidak jumpa," katanya kepada Bernama di sini.
Yuen berkata tidak lama kemudian, ada pihak dipercayai kakitangan LRT membuka pintu tren dari luar dan mengarahkan semua penumpang keluar dan berjalan di atas trek menuju ke Stesen Damai yang mengambil masa hampir 10 minit.
"Kesemua penumpang terpaksa berjalan di atas trek yang sedikit licin berikutan hujan renyai sejak awal pagi ini. Dalam tren itu juga ada wanita mengandung, saya tak dapat bayangkan macam mana dia nak berjalan di atas trek itu," katanya.
Beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Ampang, terpaksa mengambil perkhidmatan Grabcar kerana dimaklumkan tiada bas shuttle disediakan oleh pihak Prasarana.
Yuen turut melahirkan kekesalannya mengenai perkhidmatan LRT yang sering kali tergendala terutama pada waktu puncak.
Difahamkan, pihak Prasarana akan mengadakan sidang media pada pukul 3 petang ini bagi menerangkan masalah yang berlaku itu.
Sementara itu, laman Facebook dan Twitter LRT memaklumkan pengguna boleh mendapatkan kembali bayaran tambang mereka di kaunter tiket.
Menurut laman Twitter Rapid KL, servis bagi kedua-dua perjalanan pulih semula kira-kira pukul 11.45 pagi.
Pada Rabu lepas, ribuan pengguna perkhidmatan LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas bermula 7 pagi.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari yang sama meminta Rapid Rail Sdn Bhd mengemukakan laporan penuh mengenai gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya itu selewat-lewatnya 21 September ini.
Sumber: mStar