Mahal Sungguh Harga Sebuah Kemaafan...

Melihat pada kesungguhan bekas Perdana Menteri bermain politik di ‘saat-saat akhir’ usianya dan cuba mencetus permainan baru dengan bekas Timbalannya di mahkamah baru-baru ini membuat penulis rasa ‘simpati’ penulis padanya.

Bersusah payah dia hadir ke kamar mahkamah pagi itu. Bagaikan ‘merafak sembah’, sanggup merendahkan egonya menanti kehadiran bekas Timbalannya, namun hasilnya tidaklah sebagaimana yang diharapkan…

Mulanya Nurul Nuha bersuara. Anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu mahu bekas Perdana Menteri berkenaan memohon maaf terlebih dahulu atas segala ‘dosa silam’nya sebelum diberi dikurniakan ‘pengampunan politik’.

Malah penyandang gelaran ‘puteri reformasi 1998-1999’ turut mempertahankan hak adiknya dapat hal memaksa bekas Perdana Menteri yang sudah berusia senja itu memohon maaf sebelum diterima sebagai ‘kroni politik pembangkang’ yang baru.

Lebih sadis lagi, bekas Timbalannya sendiri, ketika diajukan soalan oleh sebilangan wartawan sama ada dia telah memaafkan bekas Perdana Menteri itu, tiada sebarang kemaafan yang terbit dari mulutnya. Berkali-kali disoal, hanya berdolak-dalih jawapan bekas Timbalannya itu…

Apa yang terbit hanyalah bekas Timbalannya itu menyatakan tentang menghargai sokongan yang diberikan, ‘sudah tentu kami menderita..’ dan ‘saya sudah banyak kali memaafkan banyak orang’, tapi langsung tiada terluah ungkapan, ‘ya, saya memaafkan dia’.

Sungguh mahal harga kemaafan itu, bukan? Setelah lebam sebelah biji mata, setelah diheret keluar dari rumah sendiri, diaibkan dengan tilam yang diusung keluar masuk mahkamah, derita berpanjangan keluarga dan saudara mara, sungguh pedih untuk dikenangkan…

Jika sekadar berbalas maki hamun di media atau dipentas politik, mungkin boleh dimaafkan. Jika hanya disumbat ke penjara menggunakan ISA, mungkin dapat diampunkan. Namun bila maruah dicemar, harga diri diaibkan, anak isteri dan saudara mara derita menahan malu, mungkin payah untuk bekas Timbalan itu memaafkan.

Mungkin bukan bekas Timbalan itu saja yang sukar memaafkan bekas Perdana Menteri itu. Seperti yang kita maklum, 22 tahun memerintah sehingga dilabel sebagai ‘diktator’, dimomok dengan gelaran ‘Maha Firaun’ dan ‘Maha Zalim’, sudah tentu terlalu banyak ‘dosa’nya…


Namun yang pasti, selagi nyawa dikandung badan, dunia politik takkan dapat dia tinggalkan. Mengalir ‘darah politik’ dalam dirinya? Tidak puas dengan 22 tahun, mungkin ‘Parti Pecah Belah Melayu’ (PPBM) menjadi sumbangan terakhir beliau sebelum dipanggil Allah.

Apapun, penulis masih tidak jemu mendoakan beliau agar kembali ke pangkal jalan. Tidak mengapa jika tidak kembali ke pangkuan UMNO. Namun ayuhlah kita doakan agar dia kembali ke jalan Allah yang benar. Semoga Allah berikan hidayah padanya…

Sumber: myKMU.net