PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) semalam menyerahkan sijil kelulusan pendaftaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Presiden Penaja PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima sijil tersebut sebelum itu hadir bersama anggota jawatankuasa penaja PPBM ke RoS di sini bagi memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu.
Muhyiddin berterima kasih kepada RoS dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi kelulusan pendaftaran untuk parti itu dalam tempoh 30 hari.
Muhyiddin sebelum ini menyerahkan permohonan bagi mendaftarkan parti itu pada 9 Ogos lalu.
Seorang pegawai RoS yang dihubungi Bernama menyatakan bahawa kelulusan tersebut diberikan setelah pihaknya berpuas hati dengan penjelasan daripada pihak PPBM berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu.
Semalam, Ahmad Zahid berkata kelulusan rasmi akan diberikan selepas pihak PPBM memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu kepada RoS.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM yang ditemui media di RoS berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Katanya usaha sedang dilaksanakan agar semua parti pembangkang bergabung dalam satu pakatan supaya tidak akan ada pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti. – BERNAMA