WASHINGTON DC – "Lucu dan karut". Ia bukan sahaja kelakar malah tidak masuk akal apabila ada individu tertentu boleh memfailkan tuntutan saman konon mewakili rakyat sesebuah negara.
Perkara itu diputuskan sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan moden lebih seabad seseorang boleh menyaman bagi pihak seluruh rakyat negaranya sendiri.
Justeru tindakan tuntutan perundangan aneh tersebut yang dilakukan di AS oleh bekas setiausaha politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Matthias Chang dan mantan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akhirnya digugur.
Saman tersebut difailkan ke atas sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB selain firma AS iaitu Goldman Sachs serta beberapa individu atau syarikat tertentu antaranya Riza Aziz dan Red Granite pada 11 Ogos lalu.
Isu tuntutan berkenaan kemudian disensasikan pula oleh Peguam Negara dan pihak Jabatan Keadilan AS atau DoJ sebelum dakwaan tidak berasas itu disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar berpengaruh, Wall Street Journal.
Malangnya tiada apa-apa yang baharu pun dalam tuntutan itu. Chang dan Husam malah mendakwa mereka boleh menyaman 1MDB dan beberapa suspek konon sebagai hak mereka untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.
Walhal sepanjang lebih 100 tahun sejarah kehakiman moden AS, Mahkamah Agung negara itu memutuskan bahawa individu tidak boleh menyaman bagi pihak semua warga AS apatah lagi yang mewakili rakyat sebuah negara luar.
Tindakan mereka berdua dianggap lebih kepada aksi publisiti murah. Ironi tuntutan itu meskipun disiarkan semua media Hollyood dan antarabangsa, plaintif tidak pernah pun memaklumkan defendan mengenai kes berkenaan.
Ini bermakna, secara formal, mereka gagal menyerahkan notis saman perundangan kepada tertuduh. Goldman Sachs dan Red Granite misalnya entiti perniagaan yang mudah ditemui di AS namun langsung tidak tahu apa-apa.
Secara fakta, plaintif tidak berusaha meneruskan tuntutan dan dari segi perundangan, ia dianggap remeh serta sekadar mencari publisiti selain mempengaruhi persepsi sehingga menyebabkan kerosakan reputasi defendan.
Akhirnya Matthias dan Husam ‘gugur’ tuntutan berkenaan lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia) sekali gus semua kisah drama saman itu turut berkubur selain menyerlahkan selama ini ia cuma aksi perhubungan awam.
Red Granite menerusi satu kenyataan susulan penarikan tuntutan itu berkata, pengguguran saman adalah langkah terbaik kerana tidak pernah difailkan pada peringkat awal lagi secara proses yang sewajarnya. – Kedahnews.com