KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli membela diri atas dua pertuduhan memiliki tanpa kebenaran dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.
Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu di sini, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Zulqarnain dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan Rafizi memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan 1MBD yang masih diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972.
Rafizi, 39, yang dihadapkan ke mahkamah pada 8 April lalu diwakili peguam bela Gobind Singh Deo.
Mahkamah menetapkan 27 September depan untuk perbicaraan kes bagi pihak pembelaan.
Sumber: Sinar Harian