Penduduk Kampung Gunung Bongsu menunjukkan terowong konkrit yang kecil menyebabkan kejadian banjir kilat terus berlaku dan semakin buruk. |
KULIM - Beberapa mangsa banjir kilat di Kampung Gunung Bongsu dekat sini, trauma dengan masalah tersebut yang semakin buruk melanda kediaman mereka saban tahun.
Seorang warga emas, Mat Saat Mat Isa, 76, berkata, banjir kilat yang melanda kediamannya baru-baru ini adalah terburuk sejak berpuluh tahun tinggal di situ.
“Kali ini paling teruk. Paras air naik makin tinggi sehingga paras lutut, membuatkan kami jadi trauma. Sebelum ini memang kami hadapi masalah yang sama tapi masih boleh bersabar kerana air tak terlalu tinggi.
“Hujan lebat satu hingga dua jam, air dari Sungai Sang kira-kira 500 meter berhampiran rumah akan melimpah keluar dengan cepat dan menenggelamkan kawasan rendah termasuk rumah saya,” katanya.
Katanya, banyak harta benda rosak dan merugikan penduduk yang terlibat banjir kilat ini.
“Kali ini paling banyak barang yang rosak, perabot dan perkakasan lain. Banjir ini bawa selut pula. Nak cuci amat seksa. Kami tak tahu apa nasib kami nanti apabila hujan turun lagi dengan kerap. Nak tidur pun dah tak lena. Hidup sentiasa dalam keadaan bimbang,” katanya.
Seorang pekerja kilang, Halimah Harun, 45, pula berkata, banjir kilat yang berlaku pada Rabu lalu telah mencecah sehingga paras leher.
“Masa kejadian saya tak ada di rumah. Hanya tinggal suami dan anak-anak saja. Nasib baik suami sempat memindahkan kereta dan anak-anak ke tempat lebih tinggi, kalau tak tahu lah apa nasib mereka.
“Sekarang air dalam rumah pun masih belum surut sepenuhnya. Kami sekeluarga tinggal di bahagian atas rumah sahaja. Nasib baik juga bahagian atas ada saya simpan pakaian yang boleh dipakai. Yang lain di bawah semua rosak ditenggelami banjir,” katanya.
Manakala, seorang pemilik kedai runcit, Mohd Isa Shaari, 58, berkata, rumahnya juga dimasuki air dan turut merosakkan barangan di dalam kedai runcitnya.
“Rugilah apabila jadi begini. Kami penduduk sudah tak tahan dengan keadaan ini. Kami nak pihak terlibat segera menambah baik sistem saliran air Sungai Sang berdekatan kawasan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Komuniti dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gunung Bongsu Ismail Osman, berharap pihak berkenaan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) segera menukar terowong konkrit yang menjadi laluan air Sungai Sang dan jambatan merentasi jalan raya di sini.
“Kita lihat masalah ini hanya berpunca daripada terowong yang berperanan mengalirkan air dengan lancar terutama ketika hujan lebat melanda.
“Terowong yang ada di sini terlalu kecil dan tak mampu lagi menampung aliran air yang begitu banyak ketika hujan lebat dalam tempoh yang lama sekali gus.
“Jadi air sungai akan melimpah naik ke tebing yang lebih rendah dan menyebabkan kawasan rumah berdekatan ditenggelami air tersebut,” katanya.
Katanya, pihaknya telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak terlibat namun keadaan masih tidak berubah dan penduduk saban tahun terpaksa menanggung kerugian sehingga menjadi semakin trauma.
“Sudah banyak kali saya buat aduan. JPS ada datang ke sini melihat keadaan sungai dan terowong itu, tapi tiada tindakan dengan alasan dana tak ada.
“Habis sampai bila kami nak terus hadapi masalah ini, baru beli perabot baharu sudah rosak. Kalau tak dapat jambatan besar pun tukar terowong konkrit yang saiz lebih besar pada sekarang kami sudah bersyukur,” katanya.
Sumber: Sinar Harian