Mat Sabu Dakwa Rakyat Tak Minat Kibar Bendera Malaysia

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mendakwa rakyat negara ini sudah tidak berminat untuk mengibarkan bendera Malaysia.

Dakwa beliau, rakyat Malaysia sudah tidak berminat mengibarkan Jalur Gemilang walaupun di rumah atau kenderaan mereka.

“Hanya kenderaan dan premis rasmi kerajaan yang mendapat arahan sahaja berbuat demikian,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu mendakwa rakyat tidak berminat mengibarkan bendera Malaysia kononnya kerana UMNO.

Dakwa beliau, sikap rakyat itu kerana semangat Hari Kemerdekaan telah hilang kerana dicemari propaganda UMNO.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia dalam keadaan punah akibat kerakusan pemerintah.

“Saya mengharapkan rakyat lebih tegas agar maruah negara Malaysia dapat dikembalikan,” dakwanya. –Kedahnews.com