PETALING JAYA - Pelakon Mira Filzah mengakui menolak dua tawaran berlakon filem baru-baru ini kerana merasakan dirinya belum cukup layak.
Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, berkata, sebagai pendatang baharu masih banyak perkara perlu dipelajari dalam memantapkan lakonannya sebelum benar-benar bersedia berlakon filem.
"Jujurnya saya merasakan belum layak untuk berlakon filem kerana saya masih terlalu baharu dalam industri ini.
"Biarlah saya timba pengalaman terlebih dahulu menerusi drama kerana dari situ saya dapat belajar tentang lakonan dan baharulah saya beralih kepada filem pula.
"Atas dasar itu juga saya menolak dua tawaran filem yang ditawarkan sebelum ini kerana masih belum bersedia," katanya.
Dalam pada itu, Mira berkata, keputusannya itu juga kerana ingin melakukan terbaik apabila muncul di layar perak kelak.
Katanya dia tidak mahu terburu-buru sehingga pada akhirnya ia memberi kesan negatif kepada karier seninya kelak.
"Pada saya tawaran diberikan adalah tanggungjawab besar dan saya sedar masih belum mampu untuk melaksanakannya," katanya.
Sementara itu, Mira berkata, selain sibuk di lokasi penggambaran beberapa projek dia juga bakal bertindak sebagai pengacara bagi sebuah program realiti tidak lama lagi.
Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat mendedahkan lagi perkara berkenaan buat masa ini.
Sumber: mStar