ALOR SETAR - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menolak untuk memberi sebarang ulasan mengenai isu 1MDB yang digembar-gemburkan parti politik pembangkang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, keengganan mengulas mengenai perkara tersebut ekoran khuatir sumber tentang isu yang menjadi bahan politik pembangkang itu diperoleh dari sumber yang tidak berasas atau diragui.
"Secara ringkasnya, kita tidak akan buat apa-apa kenyataan.
"Ia kerana tanpa ada sebarang penerangan kukuh terhadap sesuatu isu yang dibimbangi akan menjadi satu kenyataan yang tidak berasas pula," jelas Harussani, tokoh ulama yang disegani kawan dan lawan itu.
Memetik laporan Sinar Harian, Mufti Perak itu berkata demikian ketika diminta mengulas tentang desakan pembangkang agar mufti dan agamawan mengeluar kenyataan berhubung isu 1MDB, semalam.
Walau bagaimanapun, keengganan Harussani untuk mengeluarkan kenyataan yang dipercayai bersumber dari media asing yang diragui, Sarawak Report dan Wall Street Journals (WSJ), itu telah mengundang cemuhan dan kemarahan penyokong pembangkang.
"Takpe kat dunia ni kau mungkin terlepas wahai para mufti yang menikus depan pemerintah kecuali Dr. Maza tapi kena ingat di Akhirat iaitu di Padang Masyhar semasa semua amalan di hitung kalian para mufti bersedialah untuk disoal oleh Allah kenapa membisu terhadap pemerintah (Najib) yang mencuri,menyeleweng,memboros dan menyalahgunakan harta negara dan rakyat. Masa tu baru kalian hendak menyesal tapi apakan daya sudah terlambat," tulis pengguna Facebook, Khalid Hassan.
Isu 1MDB dipercaya bermula dari laporan Sarawak Report yang dimiliki rakyat Britain, Claire Rewcastle Brown, yang terpalit dengan dakwaan mengubahsuai dokumen dan maklumat semata-mata untuk mencetus kontroversi menjatuhkan pimpinan kerajaan Malaysia.
Bekas editor Sarawak Report, Lester Melanyi yang berasal dari Sarawak sebelum ini mendedahkan rahsia Claire yang memaksanya menulis artikel tidak benar mengenai isu 1MDB berdasarkan dokumen-dokumen dan maklumat yang telah diubah suai.
Dia turut mendedahkan mengenai peranan seorang warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang kini ditahan di penjara Thailand yang menyalurkan dokumen tertentu yang kemudiannya diubahsuai oleh Claire, kononnya sebagai 'bukti sahih' untuk mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Laporan Sarawak Report itu telah dipetik oleh media-media asing termasuk WSJ dan dijadikan alasan untuk menjatuhkan Najib, termasuk dijadikan 'peluru utama' Mahathir yang dikatakan mahu melonjak anaknya, Dato' Seri Mukhriz Mahathir meneruskan legasinya sebagai Perdana Menteri. - Kedahnews.com