SEORANG wanita Islam dari Australia telah dihalau dan diugut oleh penduduk tempatan hanya disebabkan dia memakai burkini di sebuah pantai di bandar Riveira di Perancis.
Zeynab Alshelh, 23 tahun, merupakan pelajar perubatan dari Sydney dan telah terbang ke Eropah sejak beberapa minggu lalu.
Dalam usaha untuk menunjukkan soladariti kepada umat Islam disebabkan pengharaman pemakaian burkini di 30 bandar di Perancis, Zeynab dan ibunya memakai burkini berwarna biru ketika berada di sebuah pantai.
Namun hanya dalam masa beberapa minit, Zeynab dan keluarganya berdepan dengan tindakan kasar dan kurang ajar daripada penduduk tempatan.
Mereka diugut supaya meninggalkan kawasan pantai dan jika enggan, penduduk mahu melaporkan kepada polis.
“Mereka tidak gembira kerana kami berada di situ. Saya beritahu mereka, saya juga ada hidung dan dua mata, semuanya sama hanya kepercayaan sahaja berbeza,’’ kata Zeynab.
Dia mula memakai tudung sejak berusia 10 tahun dan Zeynab menyifatkan pengharaman terhadap pemakaian burkini merupakan sesuatu yang tidak masuk akal serta bersifat diskriminasi.
Walaupun mahkamah Perancis memutuskan bahawa serangan pengganas di Nice hingga mengorbankan 87 orang pada hari Bastille, Julai lalu, tidak boleh dijadikan justifikasi untuk mengharamkan burkini, namun Nice serta beberapa bandar lain tidak mempedulikan penghakiman berkenaan.
Bandar-bandar terbabit tetap menguatkuasa larangan terhadap pemakaian burkini malah ada kes di mana wanita yang memakai burkini dipaksa membukanya dan ada juga yang didenda. -Kedahnews.com