KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengingatkan seluruh umat Islam Malaysia supaya berwaspada dengan kerjasama yang dibentuk oleh musuh Islam.
Beliau mengingatkan bahawa musuh Islam di negara ini sanggup bersatu biarpun mereka berbeza ideologi demi menghalang Islam di Malaysia.
“Malang jika kita umat Islam masih terkial kial mencari formula penyatuan tindakan dan penyelarasan fikrah semata-mata kerana perbedaan latar belakang politik, kumpulan dan lainnya,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Nasrudin berkata, lebih malang apabila terdapat dalam kalangan mahasiswa merelakan diri mereka dibelenggu oleh petualang (musuh Islam) terbabit.
Katanya, mahasiswa seperti itu perlu berusaha untuk membebaskan diri dan menjulang idealisme merdeka yang dibangunkan di atas manhaj ilmu yang soheh dan amal yang soleh.
Senario politik tanah air menyaksikan beberapa parti politik pembangkang dengan kerjasama pertubuhan hak asasi menjalin kerjasama untuk menumbangkan kerajaan.
Parti-parti terbabit saling bercakaran dari segi ideologi politik dan agama tetapi membuat keputusan untuk bekerjasama demi mendapatkan kuasa pemerintahan negara ini. –Kedahnews.com