Mereka yang ditahan, diarahkan menolak motosikal masing-masing ke bahagian trafik IPD Kota Setar untuk pemeriksaan lanjut. |
ALOR SETAR - Seorang remaja menerima padah gara-gara ingin memiliki nombor plat motosikal cantik apabila ditahan dalam Ops Samseng Jalanan, di dataran hadapan Masjid Zahir, di sini, kelmarin.
Disebabkan tindakan Faizal (bukan nama sebenar), 21, dia yang datang dari Pendang akhirnya menerima tiga saman dari polis atas pelbagai kesalahan trafik berbeza dilakukannya.
Katanya, dua saman diterima disebabkan kesalahan nombor plat di depan dan belakang motosikalnya tidak mengikut spesifikasi, manakala satu lagi disebabkan perbuatannya mengubah suai motosikal itu.
Kata Faizal, dia sebenarnya pernah kena saman polis atas kesalahan sama di Kepala Batas pada bulan lepas, namun tetap enggan menanggalkan nombor plat motosikal itu.
Katanya, dia mengubah suai nombor plat motosikal dengan kos murah sahaja, iaitu RM12 bagi nombor plat belakang, sementara RM8 untuk nombor plat depan.
“Walaupun nombor plat motosikal tidak mengikut spesifikasi, saya enggan tanggalkannya sebab mahu motosikal kelihatan cantik dan mendapat pujian atas keunikannya,” katanya.
“Lagipun, saya mampu membayar saman dikenakan RM70 sebelum ini, cumanya tidak sangka akan 'kantoi' lagi kali ini, malah menerima tiga saman,” katanya.
Namun, katanya, dia akan memasang nombor plat asal, selepas nombor plat diubah suai dengan kos murah itu ditanggalkan polis dalam operasi berkenaan.
Bawa motosikal tanpa lesen
Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan 4 berasal dari Pokok Sena menunggang motosikal tanpa lesen dari kediamannya ke bandar raya Alor Setar untuk lepak bersama rakannya.
Kata remaja berusia 16 tahun itu, ibu bapanya memberi kebenaran menunggang motosikal bersama rakan-rakan, meskipun dia sebenarnya tidak memiliki lesen kenderaan.
Menurut anak bongsu dari tiga beradik itu, bapanya memberi kebenaran meminjamkan motosikalnya agar dia boleh keluar pada setiap malam minggu.
“Namun, kali ini nasib tidak baik kerana saya ditahan polis ketika keluar bersama rakan sebelum sempat merealisasikan hasrat mendapatkan lesen pada 29 September nanti apabila genap 16 tahun,” katanya.
Katanya, dia menyedari kesalahan tidak memiliki lesen namun tetap membawa motosikal semata-mata untuk keluar bersama rakannya.
Sebelum itu, katanya, dia ada mengajak rakan-rakannya pulang awal ketika mereka lepak di sekitar dataran itu, namun akur terus menunggu atas permintaan mereka kerana takut pulang sendirian.
Menurutnya, dia menjadikan aktiviti keluar berpeleseran bersama sekumpulan rakan ke Bandaraya Alor Setar sebagai cara melepaskan tekanan selepas penat belajar di sekolah.
64 motosikal diperiksa
Menurut Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Zahari Mohamed, kira-kira 64 motosikal di periksa dalam Ops Samseng Jalanan sekitar Dataran hadapan Masjid Zahir itu.
Zahari berkata, kebanyakan penunggang motosikal diperiksa dalam operasi tertumpu di dataran termasuklah kedai makan berhampiran demi mengesan mat rempit itu berusia antara 16 hingga 21 tahun .
Beliau berkata, mereka diarahkan menolak motosikal masing-masing dari dataran menuju ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira satu kilometer (km) untuk pemeriksaan lanjut.
Kata Zahari, mereka mengeluarkan 38 saman kepada beberapa penunggang motosikal atas kesalahan seperti, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tidak memiliki lesen serta mengubah suai motosikal.
Menurutnya, seorang remaja berusia 19 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine melalui ujian saringan air kencing dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ke atas 30 penunggang motosikal.
Terdahulu, operasi selama tiga jam itu melibatkan kira-kira 30 anggota polis dari IPK dan IPD Kota Setar bermula jam 12 tengah malam sehingga 3 pagi.
Sumber: Sinar Harian