LANGKAWI - Kerajaan Persekutuan digesa menangguhkan langkah penguatkuasaan penstrukturan semula saluran jualan rokok dan minuman keras serta mengetatkan syarat pengecualian cukai kenderaan import di pulau ini mulai 1 Ogos ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan, ketika membuat gesaan itu berkata langkah itu tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan penduduk tempatan.
"Kerajaan Persekutuan perlu menangguhkan pelaksanaan langkah itu hingga kajian semula dibuat dengan mengambil kira rundingan menyeluruh bersama penduduk tempatan dan pelbagai pihak berkaitan.
"Secara umumnya saya faham langkah ini sebagai usaha untuk mengurangkan ketirisan yang mengakibatkan kehilangan hasil hampir RM1 bilion dan tidak membabitkan penarikan balik status Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam satu taklimat yang dihadirinya kelmarin untuk menguatkuasakan pelaksanaan langkah-langkah itu bermula bulan hadapan.
Nor Saidi berkata, antara langkah yang akan diambil jabatan itu termasuklah mengehadkan penjualan rokok dan minuman keras hanya di kedai yang memiliki lesen bebas cukai.
Katanya, di bawah peraturan baharu yang hendak dilaksanakan ini, pemilik kenderaan yang dibeli di Langkawi juga akan dikehendaki mendapatkan jaminan bank terlebih dahulu sebelum dapat membawa kenderaan itu keluar dari pulau ini.
"Pelaksanaan peraturan-peraturan baharu ini secara tergesa-gesa boleh memberikan kesan langsung kepada rutin seharian penduduk di sini.
"Pihak berkaitan boleh mempertimbangkan mekanisma yang lebih sesuai untuk menterjemahkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa beliau membentangkan langkah pengubahsuaian bajet Januari lalu," katanya.
Sumber: BH Online