Nor Shafiza yang didakwa hilang pada Hari Raya Aidiladha lalu. |
KUALA NERANG - "Shafiza pulanglah nak...kami semua rindukan kamu," rintih seorang ibu kepada remaja perempuan perempuan berusia 19 tahun yang didakwa hilang selepas keluar dari rumah datuknya di sini, pada Hari Raya Aidiladha lalu.
Zaitun Ismail, 40, berkata, dia dan anaknya, Nor Shafiza Akma Mohd Sopi memang tidak pernah ada masalah mahupun perselisihan faham.
"Saya sangat berharap agar anak saya pulang semula ke pangkuan kami.
"Kami semua bimbangkan keselamatannya," katanya.
Sementara itu, bapa saudaranya, Mohd Arman Ismail, 31, berkata, anak saudaranya itu tinggal di Padang Serai, Kulim dan datang ke rumah ayahnya, Ismail Mat Saman, 76, yang tinggal seorang diri pada 3 September lalu bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.
Menurutnya, anak saudaranya itu disedari hilang selepas keluar dari rumah kira-kira 12 tengah hari pada hari raya lalu.
"Pada hari raya itu, Shafiza ada beritahu ayah dia nak keluar...pada masa itu, ayah saya ingatkan dia pergi ke rumah jiran.
"Ayah saya memang tidak mengesyaki apa-apa kerana pada hari itu, Shafiza tak tunjukkan sebarang perubahan," katanya.
Mohd Arman berkata, selepas mendapati anak saudaranya tidak pulang, dia bersama ayahnya mencari di sekitar kampung dan Pekan Kuala Nerang, namun tidak jumpa.
"Pada keesokan harinya, saya dan ayah segera membuat laporan di Balai Polis Padang Sanai.
"Pada hari itu, Shafiza keluar dengan hanya memakai baju kurung dan membawa beg duit sahaja," katanya.
Katanya, diharap orang ramai yang menemui anak saudaranya itu boleh hubungi talian 0102333559 dan 01126564835.
Sumber: Sinar Harian