Orang Sabah dikatakan lebih sukar dijangkiti virus Zika kerana badan mereka telah membentuk antibodi semulajadi terhadap virus berkenaan.
Ini kerana menurut seorang pakar bidang sains kesihatan dan perubatan Universiti Malaysia Sabah, Professor Kamaruddin Ahmed, virus berkenaan telah ditemui dalam badan monyet dan manusia di Sabah sejak tahun 1960-an lagi.
Bercakap pada satu forum kesihatan di Kota Kinabalu pada Selasa lalu, beliau menjelaskan, mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai kehadiran virus berkenaan di Sabah dipercayai sudah membentuk antibodi sendiri.
“Daripada apa yang telah dikaji dan disahkan, kita tahu bahawa Orang Utan adalah antara keluarga monyet yang menjadi pembawa virus berkenaan,” jelasnya.
Tambah beliau, akibat pembalakan dan faktor lain seperti sentuhan haiwan-manusia, Zika telah berpindah kepada manusia.
“Ini bermakna, sebahagian besar kita berkemungkinan ada antobodi semulajadi menentang virus itu.
“Justeru, ini bermakna virus Zika tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas kita sepertimana kesannya ke atas orang lain di bahagian lain dunia, terutama di Brazil di mana bayi dilahirkan oleh ibu dijangkiti Zika akan mengalami sindrom microcephaly (kepala kecil),” jelas beliau, memetik The Star.
Tambahnya, strain virus Zika di Malaysia dan Amerika Selatan adalah berbeza.
Beliau bagaimanapun meningatkan penduduk Sabah agar tetap berhati-hati dan mengambil langkah perlu agar tidak dijangkiti virus itu.
“Masih banyak persoalan yang kita tidak mampu jawab, maka tindakan pencegahan adalah langkah terbaik untuk kita semua,” katanya. –Kedahnews.com