Mohd Kamil (kiri) bersama pengunjung yang melawat tanaman padi darat di Keda Bukit Kura selepas menuainya |
KUALA NERANG - Padang Terap bakal menjadi pengeluar padi darat utama di Kedah selepas tanaman itu mula mendapat sambutan di kalangan petani di daerah itu.
Pembantu Ehwal Ekonomi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Nerang, Mohd Kamil Mahmud berkata, percubaan pihaknya menanam padi darat seluas 3.5 hektar di Keda Bukit Kura dan berjaya menghasilkan sebanyak 7.5 tan, menyebabkan ramai petani luar turut datang melawat serta berminat untuk menanamnya pada musim depan.
“Pada hari ini ramai petani serta penoreh datang melihat sendiri padi darat yang berjaya dihasilkan. Pokok serta buah padi darat yang dihasilkan ini seperti juga padi sawah, malah penjagaannya sangat mudah berbanding padi sawah.
“Hasil padi sebanyak 7.5 tan ini akan dihantar ke Mardi di Pendang untuk diproses bagi menjadikannya padi benih selepas mendapat permintaan menggalakkan dari orang ramai yang berminat menanamnya,” katanya.
Menurut Mohd Kamil, padi darat sangat sesuai ditanam di kawasan yang jauh dari pengairan.
"Oleh kerana Padang Terap menghadapi masalah pengairan untuk tanaman, dan banyak sawah dan tanah kosong terbiar, jadi, saya mengesyorkan kawasan itu dapat ditanam dengan padi darat yang mampu memberi pulangan seperti padi sawah juga.
“Paling menuntungkan lagi padi darat ini mampu ditanam sebanyak tiga kali dalam setahun dengan mengambil masa selama 80 hari berbanding padi sawah selama 120 hari. Petani tidak perlu mengharapkan bekalan air yang banyak dan hanya sekadar air hujan di peringkat awal penanaman sahaja,” katanya.
Sehingga kini penjagaan padi darat adalah lebih mudah kerana tidak mempunyai penyakit yang begitu ketara terutamanya semasa musim awal tanaman.
Ini berbeza dengan padi sawah yang memerlukan perhatian yang lebih terutamanya semasa awal tanaman yang sentiasa diserang musuh perosak.
Kini padi darat juga akan ditanam di kawasan ladang getah sebagai peringkat percubaan supaya hasil padi itu dapat menambah pendapatan penoreh getah.
“Saya yakin padi darat ini juga mampu membantu pendapatan penoreh getah sebelum pokok getah matang. Pada peringkat awal pokok getah yang baru ditanam adalah setinggi 0.5 meter sahaja dan ruang yang terbuka itu membolehkan penoreh dapat menanam padi darat di celah pokok getah itu.
“Bagi penoreh yang berminat mereka boleh mencubanya dan kami mengalu-alukan penoreh menanam lebih tiga hektar supaya pihak PPK akan membantunya hingga ke proses penuaian nanti,” katanya.
Sumber: Sinar Harian