KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyeru PAS supaya berkerjasama dengan Pakatan Harapan bagi bersama-sama menumbangkan parti Melayu UMNO.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, PAN bagaimanapun membuat tawaran itu hanya sekiranya PAS sudi.
“Saya berharap semua pemimpin politik bercita-cita menjadikan (Datuk Seri) Najib Tun Razak Perdana Menteri yang terakhir dalam sejarah Malaysia.
“Bagaimana nak jadikan Najib dan angkatannya (UMNO) paling akhir dalam sejarah negara?
“Sama ada Pakatan Harapan campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS kalau mahu. Kita boleh tumbangkan UMNO,” dakwanya dalam satu ceramah baru-baru ini.
Pakatan Harapan adalah sebuahgabungan parti politik pembangkang yang didominasi oleh DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.
Salahuddin dalam pada itu mengakui kerjasama Pakatan Harapan dengan parti Tun Dr. Mahathir Mohamad semata-mata bertujuan menumpaskan UMNO.
Justeru, katanya, PPBM adalah parti yang sangat disayangi Pakatan Harapan kerana ia diterajui bekas Perdana Menteri.
“Ini komitmen kita. Insyaallah PAN sekiranya hari ini kita cakap A, esok A juga, Kita tak pandai hari ini lain esok lain. Kita mesti jelas,” katanya dalam nada menyindir PAS. –Kedahnews.com