PAN Anjur Program "Walk For Amanah" Di Kelantan 16 Sept


KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan akan menganjurkan program ‘Walk For Amanah’ secara besar-besaran di negeri itu pada 16 September ini.

PAN dalam satu kenyataan berkata, acara itu diadakan bersempena Hari Malaysia bagi menghimpunkan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa dan usia untuk bersama dengan PAN.

“Program ‘Walk For Amanah’ ini akan bermula pukul 3 petang di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut PAN, orang ramai terutama rakyat Kelantan yang mahu menyertai acara itu diminta menghubungi talian 019-9955876 atau 017-9848949.

Kata kenyataan itu, seramai 100 peserta terawal akan mendapat Baju T-Shirt secara percuma daripada PAN.

“Masakan berasaskan hidangan eksotik Kelantan disediakan iaitu Gulai Kawah,” kata kenyataan itu.

Ramai pihak bagaimanapun berpandangan acara itu turut bertujuan menunjukkan sokongan rakyat Kelantan ke atas PAN yang kini diperkuatkan dengan kenggotaan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. –Kedahnews.com