KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) tidak sesuai dipanggil sebagai parti ‘Amanah’ kerana parti itu dipimpin oleh mereka yang tidak amanah.
Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, PAN dipimpin mereka yang pernah melanggar baiah, yang melarikan kerusi PAS dan melanggar disiplin parti.
“Kalau nak sebut orang yang melarikan kerusi, orang yang langgar bai’ah, orang yang kena (tindakan) disiplin, untuk nak dikatakan dengan amanah, memang tak sesuai.
“Orang nak sebut amanah pun tak mahu sebab dikaitkan dengan parti itu, sedangkan amanah ini sifat Rasulullah S.A.W,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita.
Che Abdullah dalam pada itu mengecam bekas pemimpin PAS yang kini menyertai PAN, Datuk Husam Musa mempergunakan nama bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, Husam cuba menyamakan perjuangan PAN dengan perjuangan Nik Aziz tidak pernah sesekali mengkhianati perjuangan Islam dan PAS seperti yang dilakukan PAN.
Husam yang menyertai PAN berkata, mana-mana ahli PAS yang mahu mencontohi perjuangan Nik Aziz perlu menyertai PAN kerana perjuangan parti itu menyamai kehendak perjuangan Islam yang diamalkan ulama itu.
Bekas Naib Presiden PAS itu juga melahirkan keyakinannya bahawa PAN mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. – Kedahnews.com