Pasangan Kekasih Wheelie Sampai Patah Kaki

Umpama kisah cinta tragik merpati sejoli, Romeo dan Juliet, sepasang kekasih yang yang melakukan aksi motorsikal merbahaya dilaporkan akhirnya menemui kemalangan bersama-sama.

Aksi membawa padah itu yang dipercayai telah dirakam dan dimuatnaik di Facebook pada 29 Ogos lalu menjadi viral selepas warga netizen tampil mempertikaikan kesahihan rakaman berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, seorang gadis melakukan aksi 'wheelie' menggunakan sebuah skuter sambil dibonceng oleh seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya.

Aksi tersebut berterusan selama beberapa saat sebelum disambung oleh sebuah lagi video.

Video kedua menunjukkan pasangan kekasih tersebut mengalami kemalangan dengan pembonceng lelaki terbaring tidak sedarkan diri.

Gadis yang menunggang itu pula mengerang kesakitan sambil kakinya bengkok di bahagian paha, dipercayai patah.

Pelayar laman sosial bagaimanapun mempertikaikan kesahihan video berkenaan kerana pakaian yang dipakai oleh pasangan kekasih tersebut dikatakan berbeza dalam kedua-dua video.

Sehingga kini, lebih 5 juta pelayar sudah menonton video-video aksi yang tidak berfaedah itu. -Kedahnews.com