Budak pantai berusaha menurunkan pasangan dari Singapura yang tersangkut pada pokok pain. |
GEORGE TOWN - Buat kali keempat pada tahun ini, pelancong yang menunggu giliran untuk mencuba sukan ekstrem, parasailing di Batu Ferringhi sekali lagi berdepan detik mencemaskan.
Kali ini, pasangan dari Singapura tersangkut pada pokok pain pada ketinggian hampir 20 meter di sepanjang pantai terkemuka negara itu.
Insiden berlaku kira-kira pukul 6.30 petang Isnin.
Pengendali sukan ekstrem itu yang dipanggil sebagai budak pantai dikalangan rakyat tempatan terpaksa menggunakan traktor untuk menurunkan pasangan tersebut.
Proses menurunkan mereka mengambil masa selama 30 minit.
Kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rupa-rupa pasangan itu tersangkut di atas pokok semasa mereka mahu berlepas.
"Mereka tidak faham dengan arahan. Mereka menarik tali di sebelah kiri dan parasailing itu terbabas ke arah pokok sebaik sahaja mereka berada di udara," kata budak pantai yang enggan namanya didedahkan itu.
Pada Februari lalu, dua warga Jordan mengalami kecederaan tulang belakang selepas terjatuh dari ketinggian lapan meter semasa melakukan pendaratan menggunakan parasailing itu.
Kira-kira seminggu kemudian, seorang lelaki dari negara Timur Tengah turut tersangkut di tiang bendera.
Pada bulan lalu, dua pelancong dari Jepun terperangkap di dalam pokok selama 40 minit sementara menunggu untuk diselamatkan selepas gagal mendarat.
Sumber: mStar