Selalunya, pekerjaan sebagai pemandu teksi lebih banyak dipelopori oleh kaum Adam berbanding kaum Hawa.
Namun jika kita ke negara Jepun, dilaporkan ada seorang pemandu teksi yang cukup menarik perhatian semua netizen di sana, khususnya golongan lelaki.
Malah pemandu teksi wanita yang digilai ramai itu mungkin merupakan pemandu teksi yang paling "hot" dan cantik di negara matahari terbit itu.
Sebenarnya gadis bernama Ikuta Kana itu merupakan seorang model dan mengambil inisiatif menjadikan profesyen pemandu teksi sebagai pekerjaan keduanya ekoran pendapatannya yang tidak menentu sebagai model.
Gadis jelita berusia 25 tahun itu telah memandu teksi sejak setahun setengah lalu turut memiliki ijazah selepas menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan. – Kedahnews.com