KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Kedah menasihati pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang sedang dibayangi kebimbangan terhadap setiap usaha untuk memartabatkan syariah supaya kembali ke pangkal jalan.
Ketuanya, Mohd. Azam Abd. Samat berkata, PAN juga dilihat berada dalam keadaan cukup terancam, membentak dan hilang arah.
“DPP Kedah melihat PAN bagai dibayangi kebimbangan terhadap setiap usaha yang berkait dengan memartabatkan syariah.
“Maka, siapa sahaja yang dilihat bersama dalam perkara itu ‘diperangi’ semberono. Kami nasihatkan agar kembalilah ke pangkal jalan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan Naib Presiden PAN, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengkritik Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad kerana menyatakan umat Islam wajib menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355).
Mujahid mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan supaya tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang.
“Sikap ditunjukkan Mujahid itu angkuh, tidak menghormati autoriti, jumud, bahkan tidak menghayati makna “Rahmatan lil ‘alamin” yang kononnya menjadi konsep pembawaan parti itu.
“Sebaliknya, membuka semakin banyak tembelang hipokrit PAN dari hakikat digembar-gemburkan,” ujarnya. –Kedahnews.com