Penculik Kanak-Kanak Tadika Telah Berjaya Ditangkap?

KULAI – Seorang pengguna Facebook mendakwa terdapat cubaan culik yang berlaku di sebuah tadika, di sini, baru-baru ini dan menyatakan penjenayah tersebut telah berjaya diberkas.

Pemilik Facebook berkenaan, Hisham Zulkefli, yang memuat naik dua gambar suspek mula menjadi viral di laman sosial sehingga menerima lebih daripada 8,000 perkongsian.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tadika Butterfly, Taman Muhibbah, Saleng, di mana seorang lelaki yang tidak dikenali dikatakan telah memanjat masuk ke kawasan tadika terbabit.

“Minta kawan-kawan yang ada anak yang sekolah tadika mengambil langkah berhati-hati. Tadi ada satu kejadian berlaku di tadika anak aku, di tadika Butterfly Taman Muhibbah, Saleng.


“Satu lelaki tak dikenali telah panjat dan masuk kawasan tadika. Selamatlah Cikgu dia dapat kunci pintu grill. Menggigil oo! anak aku sekolah situ. Penjenayah dapat ditangkap,” kata Cikgu Hsbol, salah seorang individu yang berkongsikan kejadian di Whatsapp.


Bagaimanapun, sehingga berita ini disiarkan, tiada maklumat lanjut dan kenyataan penuh dari pihak berkuasa mahupun pengusaha tadika tersebut berhubung kejadian ini. – Kedahnews.com