Mohd Amin (kanan) menerima memorandum bantahan yang dikemukakan wakil anak kariah Bandar Sri Astana dan Bandar Perdana, Sungai Petani. |
SUNGAI PETANI – Anak kariah Surau Bandar Seri Astana dan Bandar Perdana membantah pembukaan sebuah kedai judi ala kasino yang dikatakan bakal beroperasi di kawasan itu.
Wakil kariah yang enggan dikenali berkata, pihaknya bimbang sekiranya kedai itu beroperasi, ia bukan sahaja membuka ruang kepada golongan dewasa mendapatkan hiburan dengan cara tidak sihat malah remaja juga mungkin terpengaruh.
“Kami dapat tahu kedai itu akan dibuka tidak lama lagi dan difahamkan mesin sudah pun sampai dan disusun dalam premis berkenaan,” katanya.
Menurutnya, perniagaan perjudian tidak sesuai dijalankan di kawasan perumahan lebih-lebih lagi apabila kebanyakan penduduk Melayu tinggal di kawasan itu.
“Lokasinya juga menjadi tumpuan ramai kerana berdekatan dengan pasar mini, sudah pasti ia mudah dikunjungi sesiapa sahaja,” katanya.
Beliau berkata, sebagai ibu bapa, dia khuatir aktiviti itu boleh memberi kesan buruk dan mempengaruhi keruntuhan moral anak-anak serta orang dewasa.
“Tambahan pula, dalam Islam, aktiviti perjudian adalah sesuatu yang haram,” katanya.
Difahamkan, seorang pengusaha yang berpengalaman menjalankan perniagaan itu dipercayai datang dari Kuala Lumpur bertanggungjawab terhadap pembukaan kedai tersebut.
Berikutan itu, rata-rata penduduk yang mula menghuni di perumahan terbabit sejak kira-kira 10 tahun lalu menyuarakan bantahan masing-masing.
Penduduk juga mendakwa, berdasarkan pemerhatian mereka mendapati, beberapa peralatan juga dimasukkan dan bekalan elektrik juga sedang dalam proses penyambungan.
Bagi menyuarakan bantahan secara rasmi, satu memorandum juga dihantar dikatakan mewakili seluruh anak kariah Bandar Seri Astana dan Bandar Perdana berhubung perkara itu.
Memorandum bantahan diserahkan wakil anak kariah ke Pejabat Daerah Kuala Muda lebih kurang jam 9 pagi dan diterima oleh Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda, Mohd Amin Jaafar.
Kira-kira 30 penduduk mewakili anak kariah hadir menyerahkan memorandum bantahan itu dalam usaha memelihara keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan kawasan perumahan terbabit.
Sumber: Sinar Harian