KUALA LUMPUR – “Di zaman kepesatan teknologi maklumat pada hari ini, penjajahan datang dalam pelbagai versi tidak sama seperti dahulu.”
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, penjajah zaman lampau datang dengan kapal perang dan senjata tetapi sekarang mereka menjajah menerusi `senjata’ media sosial.
Justeru, katanya, umat Islam perlu merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah supaya zaman penjajah tidak mudah bertapak semula.
“Arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan kini, adalah lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial umat Islam,” katanya bersempena sambutan Hari Kemerdekaan 2016.
Ahmad dalam pada itu menyeru rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama terus menjalinkan hubungan yang harmoni.
Katanya, walaupun berbeza agama dan adat, tidak bererti ia boleh menjadi asas permusuhan sesama kaum. –Kedahnews.com