Nor Ashikin (duduk, tiga kanan) bersama ahli Macma dan NGO Islam yang hadir pada program Jamuan Tautan Kasih anjuran Macma Kulim. |
KULIM - Persatuan Cina Muslim (Macma) Kulim akan terus menjadi tempat rujukan golongan mualaf yang mempunyai masalah bagi mengelakkan mereka kembali semula kepada agama asal.
Pengerusinya, Nor Ashikin H’ng Abdullah berkata, Macma sudah lama ditubuhkan, namun tidak aktif selama lima tahun kerana kekurangan sukarelawan.
Menurutnya, mengaktifkan kembali Macma di sini amat penting untuk membantu dan membimbing mualaf.
“Kita aktifkan kembali Macma ini kerana ia memang penting untuk golongan seperti kami terutama yang baru memeluk Islam.
“Kita lihat isu utama mualaf adalah masalah ekonomi dan kebiasaannya mereka juga akan dipinggirkan keluarga apabila menghadapi situasi ini sekali gus memilih untuk kembali ke agama asal,” katanya.
Katanya, setakat ini seramai 50 ahli dikumpulkan untuk mengaktifkan Macma Kulim dan mencapai sasaran untuk membantu golongan tersebut.
“Kita harap akan ada lebih ramai Cina Muslim menyertai Macma kerana ia dapat membantu mereka dan mendalami ajaran Islam yang sebenar dengan pelbagai program dijalankan dari masa ke semasa,” katanya.
Nor Ashikin berkata, Macma juga akan aktif mengumpul dana melalui pelbagai program melibatkan persatuan dan masyarakat tanpa menggunakan kaedah mengemis atau minta sedekah.
“Kita akui persatuan ini memang tidak jalankan pelbagai program, jadi kita guna kaedah jual kemahiran ahli untuk memungut dana ini, kita tak mahu meminta sumbangan,” katanya.
Tambahnya, beberapa bengkel penyediaan makanan halal Cina juga akan diadakan pada bulan hadapan untuk masyarakat luar, namun masih terhad.
“Pada permulaan kita akan adakan bengkel untuk sesiapa yang berminat mempelajari penyediaan makanan Cina yang halal untuk mengutip dana Macma,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Ashikin meminta golongan Cina Muslim untuk menyertai mana-mana persatuan bagi membantu mereka sekiranya mengalami kesusahan.
“Kita juga bekerjasama dengan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk bersama berkongsi idea dan cara menyebarkan dakwah serta membantu golongan ini terus kekal menjadi Muslim sejati,” katanya.
Sumber: Sinar Harian