Guru yang disalah tangkap anggota polis berkenaan. |
IPOH - Seorang anggota polis dari Lenggong ditahan pada Selasa kerana didakwa mencederakan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong pada 30 Ogos lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dikemukakan pada Rabu di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu.
"Anggota polis yang bertugas di Balai Polis Lenggong itu ditangkap pada Selasa.
"Siasatan akan disiapkan secepat mungkin dan akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri," katanya menerusi satu kenyataan.
Adalah dipercayai bahawa anggota polis itu menyangka mangsa adalah penagih dadah.
Anggota polis itu didakwa enggan mempercayai bahawa lelaki berkenaan adalah seorang guru dan menggarinya.
Mangsa kemudiannya dibawa ke balai polis di mana serangan yang didakwa berlaku.
Dia akhirnya dibebaskan apabila guru besar sekolah itu mengesahkan kepada polis bahawa mangsa adalah seorang guru di sekolahnya.
Sumber: mStar