Proton Lancar Saga Baru, RM36,800 Hingga RM45,800


SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd (PROTON) semalam melancarkan model terbaharu Saga pada harga bermula RM36,800 hingga RM45,800 seunit.

Kereta yang dijana enjin 1.3 liter VVT itu didatangkan dalam empat varian iaitu 1.3L 5MT Standard; 1.3L CVT Standard; 1.3L CVT Executive dan 1.3L CVT2 Premium.

Ditampilkan sebagai kereta mampu milik, Saga 1.3L 5MT Standard ditawakan pada harga RM36,800; 1.3L CVT Standard (RM39,800); 1.3L CVT Executive (RM42,800) dan 1.3L CVT2 Premium (RM45,800).

PROTON Saga baharu didatangkan dalam empat varian iaitu 1.3L 5MT Standard; 1.3L CVT Standard; 1.3L CVT Executive dan 1.3L CVT2 Premium. - Foto Ramdzan Masiam
Majlis pelancaran model yang sinonim dengan pengeluar kereta nasional itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, sebentar tadi.

Hadir sama, Pengerusi Proton yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Sumber: BH Online