Ranking UM, UPM, UTM, UKM Naik Lagi

KUALA LUMPUR – Empat universiti awam di Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing dalam senarai ranking universiti global, berbanding tahun sebelumnya.

Demikian menurut laporan terkini kedudukan universiti global yang diterbitkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) 2016/2017 dan dikeluarkan pada 6 September.

Universiti tertua di negara ini, Universiti Malaya (UM) dilaporkan berada di tangga ke-146 tahun lalu, berjaya melonjak naik kepada kedudukan ke-133 pada tahun ini.

Sementara itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta rekod tersendiri apabila mampu berada di tangga ke-270, berbanding tahun lalu iaitu pada kedudukan ke-331.


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula naik di tangga ke-280 daripada ke-303. Manakala, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di kedudukan 302, daripada 312 pada tahun lalu.

Dalam pada itu, ranking universiti global tahun ini masih diungguli oleh Institut Teknologi Massachusetts di Amerika Syarikat, dan kedudukan kedua milik Universiti Stanford.

Ia berjaya merampas kedudukan Universiti Harvard yang jatuh satu anak tangga daripada tahun lalu sekali gus menyebabkan Universiti Cambrige turut jatuh kepada tempat keempat.

Sistem ranking ini diperkenalkan pada tahun 2004. Bagaimanapun Universiti Sains Malaysia jatuh kepada tempat ke-330 daripada ke-289 tahun sebelumnya. Begitu juga beberapa universiti awam yang lain. –Kedahnews.com