Jepun mempunyai beberapa lokasi pemandangan yang paling menakjubkan di dunia, dan kini, pengunjung yang datang ke negara itu dapat menikmati keindahan itu dengan menaiki kereta api bertingkap kaca besar.
Reka bentuk futuristik oleh Ichibansen itu menyerupai tiub kaca, membolehkan penumpang menikmati pemandangan tanpa halangan.
Lebih menarik lagi, bilik pemandu juga berdindingkan kaca membolehkan penggemar kereta api merasai sendiri lebih dekat pengalaman mengendalikannya.
Kereta api khusus untuk pelancong ini mempunyai dua gerabak yang dikendalikan di barat wilayah Niigata.
Gerabak pertama menawarkan pemandangan menakjubkan, manakala yang kedua menempatkan restoran Perancis.
Terdapat 45 tempat duduk semuanya. Harga tiket termasuk makanan untuk seorang berharga £100 (RM575), manakala tanpa makanan ialah £40 (RM230).
Kanada dan Switzerland memang terkenal kerana mengendalikan perkhidmatan seumpama itu.
Penumpang yang menaiki kereta api ‘Rocky Mountaineer’ dari Vancouver berpeluang menikmati pemandangan indah alam semula jadi yang amat luas. Percutian itu juga termasuk kunjungan ke Taman Negara Yoho dan Lapangan AIs Columbia.
Untuk menikmati percutian selama lapan malam itu, penumpang dikenakan bayaran sebanyak £2,430 (RM14,000) seorang.
Glacier Express Switzerland pula dilabel sebagai kereta api laju paling paling perlahan di dunia kerana mengambil masa kurang lapan jam untuk membuat perjalanan sejauh 289 kilometer antara St Moritz dan Zermatt dan sebaliknya.
Tetapi perjalanannya amat menyeronokkan kerana melintasi 291 jambatan, 91 terowong dan menyeberangi puluhan sungai.
Kemuncaknya adalah lawatan di sepanjang Bernina Pass. Ia mungkin lawatan selama satu hari yang selesa, mana tidaknya, penumpang yang duduk di dalam gerabak panoramik disajikan dengan pemandangan glasier dan gunung yang dengan mudah boleh diakses dengan adanya kejuruteraan kereta api yang luar biasa. -Agensi