Keadaan Mohamad Firdaus yang mengalami patah tulang belakang dan retak di bahagian buku lali. |
KULIM - Seorang pembantu kedai Mohamad Firdaus Jamaludin, 28, di Kampung Syed Sheh dekat sini, yang patah tulang belakang dan retak buku lali akibat jatuh dari pokok kelapa memohon sumbangan untuk rawatan pemulihan sebanyak RM8,000.
Kakaknya, Siti Aishah Jamaludin, 33, berkata dana tersebut diperlukan segera untuk membiayai kos pembedahan Firdaus secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
“Kita tak mampu untuk sediakan dana sebanyak itu. Wang itu perlu dikumpulkan segera untuk Firdaus menjalani pembedahan di bahagian tulang belakang dan buku lali secepat mungkin.
“Sekiranya lambat kemungkinan Firdaus akan mengalami komplikasi di saraf tunjang dan menyebabkan lumpuh seumur hidupnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya sehingga kini jumlah dana yang berjaya dikumpulkan selepas disebarkan melalui facebook hasil sumbangan orang ramai sebanyak RM1,200.
“Hanya tinggal RM7,800 sahaja lagi kerana kos rawatan di bahagian buku lali ditanggung pihak hospital melalui dana sedia ada,” katanya.
Menurutnya, kejadian malang yang menimpa Firdaus itu berlaku pada petang Ahad lalu.
“Seperti biasa Firdaus dari Taman Sungai Dingin, Karangan berulang alik ke Kampung Syed Sheh membantu saya di kedai makan sehingga tengah hari.
“Habis berniaga sebelum pulang, dia akan rehat sebentar di rumah saya, tapi petang itu adiknya Mohamad Fitri, telah meminjam motosikal ke kebun kelapa yang tidak jauh dari rumah.
“Kira-kira jam 5 petang, dia pergi ke kebun untuk mengambil motosikal namun kerana teringin untuk minum air kelapa muda Firdaus memanjat sendiri pokok setinggi kira-kira 10 meter,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Maybank 158088280453 (Mohamad Firdaus Jamaludin).
Sumber: Sinar Harian