PETALING JAYA - Tiada masalah mendirikan replika burung helang di Langkawi kerana ia bukan digunakan untuk tujuan keagamaan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim mengenai pembinaan replika sedemikian adalah haram dari segi Islam kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup, sebagai pandangan peribadi.
"Itu adalah pandangan dia, tidak wajar untuk memberi sebarang komen.
"Sebagaimana yang kita semua tahu, kita tidak menggunakan patung untuk bersolat," katanya pada Isnin.
Pada Jumaat lalu, Zamri menulis di sebuah akhbar harian bahawa pembinaan replika yang menyerupai bentuk yang hidup seperti manusia atau haiwan adalah haram dari segi Islam, dan tugu helang itu seharusnya dirobohkan.
Mempertahankan pandangan timbalannya, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pembinaan replika atau monumen menyerupai mahkluk adalah dilarang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Tourism, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, tiada keperluan untuk merobohkan tugu berkenaan kerana burung helang merupakan ikon bagi Langkawi.
"Jika pergi ke mana-mana destinasi pelancongan, di sana terdapat ikon seperti Menara Eiffel di Paris.
"Bila orang bercakap mengenai Langkawi, mereka akan terfikirkan burung helang. Saya berpandangan bahawa tujuannya hanya untuk penjenamaan dan pelancongan," katanya.
Pengerusi Matta Kedah, Abd Rashid Hashim juga membantah sebarang idea untuk merobohkan replika burung helang.
"Adalah tidak logik untuk merobohkan tugu berkenaan. Tugu ikonik itu bukan sekadar ada di Langkawi sahaja, tetapi boleh didapati di tempat-tempat lain.
"Jika kita robohkan burung helang, pihak berkuasa mungkin terpaksa merobohkan tugu kucing di Kuching dan Tugu Negara di Kuala Lumpur," katanya.
Sumber: mStar